Saturday, August 22, 2009

boer habis dijual

Setelah 6 bulan menjalani 'praktikal' di kandang kambing milik Kelompok Belia 4B sinar muda, inilah pertama kali saya terlibat dalam jualan kambing dengan kuantiti yang banyak. Saya agak teruja kerana dapat menyaksikan sendiri dan terlibat secara langsung dengan jualan tersebut. saya dapat berjumpa dengan pemborong dan sedikit sebanayak saya dapat belajar bagaimana cara untuk deal dengan pemborong tersebut. Terima kasih saya ucapkan pada boss saya, en. Mohammad dan en.Nazim kerana banyak memberi tunjuk ajar dan pengalaman kepada saya. Tanggal 21 ogos 2009, sebanyak 24 ekor (21 anak+ 3 ibu) kambing boer cross telah dijual..
Saya masih baru dalam bidang penternakan kambing boer ini, saya sangat berharap dapat mengenali lebih ramai lagi network penternak kambing di seluruh Malaysia, terutamanya negeri kelahiran saya, Pulau Pinang.

Dengan ini saya berharap dapat bertukar-tukar pendapat serta berkongsi masalah dengan penternak-benternak lain.









"help me..."

2 comments:

  1. somelnye yang ni b.. hehe. ko boh la shoutbox... if nk post apa2 senang.. khas utk org2 mls nk ngomen. :P oh ya. aku boh link ur blog kat mine k?

    ReplyDelete